Tuesday, December 29, 2009

Peperiksaan Bertulis (Teori) Kekompetenan Penjaga Jentera dan Pendawai

kepada sesiapa yang ingin menaik taraf tahap kekompetenan anda, permohonan telah dibuka sekarang..


NOTIS PEMBERITAHUAN


Peperiksaan Bertulis (Teori) Kekompetenan Penjaga Jentera Dan Pendawai Bagi Sesi 2010


 TARIKH KATEGORI
 16 Mac 2010 (Selasa) A0, A1, A4-2, A4-1, A4 dan B0 (TNB) Bhg. A & B
 17 Mac 2010 (Rabu) PW1, PW3, B0-2, B0-1, B0, B1, B4 dan B0 (TNB) Bhg. C


Pada sesiapa yang berminat dan berkelayakan sila kemukakan borang permohonan dan dokumen-dokumen berkaitan ke pejabat kawasan Suruhanjaya Tenaga seperti di bawah sebelum 15 Januari 2010.
 
 
 Negeri Pejabat Kawasan
Pulau Pinang, Kedah dan Perlis Suruhanjaya Tenaga Butterworth
Tel: 04-398 4957
PerakSuruhanjaya Tenaga Ipoh
Tel: 05-253 5413
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan SelangorSuruhanjaya Tenaga Petaling Jaya
Tel: 03–7955 8930 
Melaka dan Negeri Sembilan 
Suruhanjaya Tenaga Melaka
Tel: 06–231 9594 
JohorSuruhanjaya Tenaga Johor Bahru
Tel: 07–224 8861

Pahang
Suruhanjaya Tenaga Kuantan
Tel: 09–514 2803
Kelantan dan TerengganuSuruhanjaya Tenaga Kota Bharu
Tel: 09–748 7390

Pantai Barat Negeri Sabah
Suruhanjaya Tenaga Kota Kinabalu
Tel: 088–232 447
Pantai Timur Negeri Sabah
Suruhanjaya Tenaga Sandakan
Tel: 089–666 695


Adalah dimaklumkan bahawa markah lulus adalah 50%. 

Monday, November 23, 2009

Final exam IKM JB

assalamualaikum..
Peperiksaan akhir IKM JB telah bermula pada 21/11/2009 (Sabtu). Dimulakan dengan
Semester 1 - Electrical Act & Regulations 1
semester 2 - Electrical Industrial Installation 2 (amali).
semester 4 - Electrical Act & Regulations 3
                 - Pengajian Malaysia

Aku kadang2 tak paham dengan bdk2 ni. Masa aku tengah jaga exam amali kat bengkel EDI, aku nampak budak2 ni pergi ke dewan peperiksaan dengan memakai seluar jeans dan kasut nak g angsana..bdk EDI pun ada gak tp bkn pki suar jeans. pakai kasut jalan je..bdk sem 1 lak tu. apa lagi, kena halau balik la kasi tukar itu kasut...ha..ha..padan muka...mentang2 exam hari sabtu, diorg ingat boleh plassing mcm nak g angsana la..aparaaa.....

ok..tu je...nak g marking paper lak ni
wsalam

Thursday, November 12, 2009

Rileks sekejap

salam
sekarang ni aku rasa rileks sekejap sbb majlis konvo dah pun setle. walaupun ada cacat celanya, aku terima dengan baik. geram pun ada dengan 10 org graduan berkenaan. adakah sebab kesilapan yang dilakukan oleh kita orang menjadi lesen untuk diorg memaki hamun kitaorg, berkata sesuka hati seolah-olah dia lupa dengan sapa dia bercakap..terima kasihla sebab berjaya mengeluarkan cerita tersebut di akhbar. harap 10 orang yang berkenaan termasuklah ibu bapa mereka puas hati. kerana kesilapan kita orang, 10 orang berkenaan yang menimba ilmu selama 3 tahun di ikm jb sanggup memalukan tempat diorg mendapat ilmu dalam masa satu hari sahaja...lupa terus jasa2 pengajar mereka..

agaknya masa belajar mereka tak pernah buat silap tp saya percaya diorg bukannya maksum. so mesti ada buat silap punya cuma adakah pengajar mereka memalukan mereka satu Malaya..penagjar hanya mendenda mereka dengan niat untuk mengajar..dah laa, cerita pasal diorg ni buat sakit hati je..

minggu ni adalah minggu marking paper. nak kata rileks tu tak la jugak. buat stress pun ada..dengan jawapan yang merepek-repek. kelakar pun ada. 21/11 ni diorg dah start exam. hope diorg akan buat yang terbaik walaupun aku tengok diorg ni asik tdo je bila pengajar tak masuk kelas. tah apa yang ada dalam kepala diorg ni, aku pun tak tau. bila la nak sedar agaknya. baru semalam aku denda 2 orang pelajar aku sebab ditangkap menghisap rokok. aku tak kisah klu diorg nak hisap rokok cuma aku terkilan sebab diorg beli rokok tu dengan duit yang parents diorg bagi.

kepada pelajar melayu kita, sedarla...

Thursday, October 22, 2009

Minggu Yang Kelam Kabut

salam
aku rasa sekarang ni tdo x lena, mandi x basah, makan x kenyang.
Knp? biasanya org yang bercinta je ada perasaan mcm tu...
ishh, takkan kot..org umah aku tu kan ade lagi..anak pun kecik lagi...he..he..
sebenarnya semua ni sebab Majlis Konvokesyen IKm JB..
aku as Setiausaha mmg banyak keja kena buat..tak kisahla. tanggung jawab beb.
tp yang tak bestnya bila dah nak dekat dengan tarikh majlis, ada masalah lak..masalah yang akan menambah kan lagi kerja aku..masalah sekarang ialah lokasi ditukar sedangkan surat sudah diedarkan kepada graduan dan tetamu jemputan lain. kalau conform lokasi ditukar, mmg sah aku kena buat balik surat memaklumkan pertukaran lokasi. 434 orang beb..diulang, 434 orang graduan..
mmg tak tido malam la jawabnya.
sekarang ni aku n kroni2 konvo sedang berusaha mencari jalan agar lokasi tidak ditukar. harap Tuhan akan memudahkan kerja-kerja hambamu ini. Amin

Tuesday, September 29, 2009

mAjlis Gotong Royong Berbuka pUasa



Gotong royong









About Me

My photo
just a ordinary person...