Thursday, November 12, 2009

Rileks sekejap

salam
sekarang ni aku rasa rileks sekejap sbb majlis konvo dah pun setle. walaupun ada cacat celanya, aku terima dengan baik. geram pun ada dengan 10 org graduan berkenaan. adakah sebab kesilapan yang dilakukan oleh kita orang menjadi lesen untuk diorg memaki hamun kitaorg, berkata sesuka hati seolah-olah dia lupa dengan sapa dia bercakap..terima kasihla sebab berjaya mengeluarkan cerita tersebut di akhbar. harap 10 orang yang berkenaan termasuklah ibu bapa mereka puas hati. kerana kesilapan kita orang, 10 orang berkenaan yang menimba ilmu selama 3 tahun di ikm jb sanggup memalukan tempat diorg mendapat ilmu dalam masa satu hari sahaja...lupa terus jasa2 pengajar mereka..

agaknya masa belajar mereka tak pernah buat silap tp saya percaya diorg bukannya maksum. so mesti ada buat silap punya cuma adakah pengajar mereka memalukan mereka satu Malaya..penagjar hanya mendenda mereka dengan niat untuk mengajar..dah laa, cerita pasal diorg ni buat sakit hati je..

minggu ni adalah minggu marking paper. nak kata rileks tu tak la jugak. buat stress pun ada..dengan jawapan yang merepek-repek. kelakar pun ada. 21/11 ni diorg dah start exam. hope diorg akan buat yang terbaik walaupun aku tengok diorg ni asik tdo je bila pengajar tak masuk kelas. tah apa yang ada dalam kepala diorg ni, aku pun tak tau. bila la nak sedar agaknya. baru semalam aku denda 2 orang pelajar aku sebab ditangkap menghisap rokok. aku tak kisah klu diorg nak hisap rokok cuma aku terkilan sebab diorg beli rokok tu dengan duit yang parents diorg bagi.

kepada pelajar melayu kita, sedarla...

No comments:

About Me

My photo
just a ordinary person...